Permulaanku di UPSI


Assalamu'alaikum wbt , Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia !

Pertama sekali, sis nak bagitahu yang sis ni dah lama sebenarnya menyepi . ermm hampir 2 tahun agaknya . ouhh masa tu tengah fokus SPM and masuk tingkatan enam iaitu STAM . Alhamdulillah result pun membanggakan dan akhirnya sis pun di UPSI sekarang ni . Pada mulanya, sis memang nak UPSI ni dari dulu lagi sebab nak jadi cikgu tapi rezeki tak sampai so just ambik degree course Ekonomi (Kewangan Islam) . Actually, orang kata kalau nak apply upu kena apply universiti 'researcher' ke apa entahla (sis tak tahu sangat benda , namanya malas nak pergi jumpa kaunseling , so tak banyak ilmu sangat) contoh macam USM , UKM , UM dan sebagainya. Tapi niat sis ni menuju pada yang satu sahaja iaitu UPSI . hahaha ><

Pilihan pertama memang UPSI tapi pilihan ke dua UIA dan ketiga USIM , seterusnya pilihan keempat UPSI balik . sis rasa course ni la kut . hehe. eh eh meleret pulak introduction hehe sorry2 . maklumlah dah menyepi hampir dua tahun kaannn.

Ok , sehari sebelum sis nak masuk UPSI ni memang pening sikit ar sebab orientasi tak tahu pakai baju apa sebab dia suruh bawak baju kurung putih (baju sekolah) , kain hitam dan tudung putih (bagi yang bertudung). Sampai 3 helai sis bawak baju tu sebab ada dengar orang tu cakap sepanjang orientasi kena pakai baju tu . So sis macam ok lah , bawak je lah kan. 

And pada hari kejadian nak daftar iaitu 29/8/2016 , daftar kat dewan kan , masa tu la sis rasa , "macam ni sebenarnya kat u ni" sebab apa? sebab masa daftar tu kau sorang2 and mak ayah tunggu kat bawah je. Apa yang diuruskan semua sorg2 . Dah la tak ada kawan nak daftar sama2 . Semua orang asing . Tapi jangan risau , kawan boleh dicari. Pada hari yang sama selepas zuhur macamtu , kitorang dah start orientasi kat dewan besar (not dewan yang masa daftar tadi sebab tu dewan atas kafe dalam kolej je pun). Dan rupa-rupanya baju kurung putih yang kena pakai tu sebenarnya satu hari je yang guna untuk hari pelantikan anak kandung suluh budiman (macam pengiktirafan korang dah masuk UPSI ni la). ada majlis angkat sumpah bagai . 

So, bagi budak2 yang bakal masuk upsi nanti , mesti suruh pakai baju putih kan , bawak SEHELAI je tau hehehe 

p/s : lepas seminggu orientasi universiti dan kolej , terus cuti seminggu . yuuhuu !


No comments:



Shoutbox