Semangat SMA 2013

Assalamu'alaikum ! Annyeong haseyo ! Konichiwa !

hoho berhabuk sudah blog ni rupanya .. haha banyak sarang labah2 ni .. haish .. haaha .. eh lupa nk cakap .. hai u olls ! 

huh penat taw tak , semalam pergi kursus SMA .. perghh .. taw kat mana ? Jugra,Banting u know .. jauh giler ..tp I naik kereta dengan cikgu .. tak naik bas haha 

rasa lain macam sikit naik kete cikgu .. selalu naik bas .. haha . ok kat sana kitorang banyak dapat info tambahan pasal subjek2 al azhar ni .. tak pe .. kami akan meningkatkan prestasi SMA ! yeah !

kami dapat rasa tanggungjawab kami lebih besar .. memandangkan tahun lepas tak memuaskan hati pihak skolah, nampaknya .. paham2 la ye .. hehe ..

tempatnya agak best ! duduk macam kat tepi pantai eventhough kat sana bukan dkt pantai .. ok paham tak? haha .. tanah macam tanah pantai .. angin dia yang mendayu .. perr semartt lah .. haha .. rasa mcm .. ya Allah beruuntung nya kami .. Alhamdulillah

semoga pada tahun ini .. calon2 SMA 2013 akan meningkatkan prestasi kita masing masing ye ! Man jadda wa jada , sesiapa yg berusaha pasti berjaya ..

penat dah menaip ni memandangkan malam semalan tk tidur lena kan .. haha tata !

Cerpen Muhasabah : Pengemis Tua (Bhg.1)


Puan Mastura hairan dengan perubahan sikap Ikram. Lazimnya selepas pulang dari sekolah Ikram riuh menceritakan tentang dunia persekolahan yang dilaluinya hari itu. Tapi kali ini, Ikram hanya muram dan membisu.

         "Kenapa ni ? Ikram bergaduh dengan kawan ya? Atau kena denda dengan cikgu?" soal Puan Mastura. Suami Puan Mastura telah lama meninggal dunia, sebaik saja genap enam bulan usia perkahwinan mereka. Jadi Ikram tidak pernah menikmati kasih sayang seorang ayah.

         Ikram hanya menggelengkan kepala.
         "Habis tu?" soal Puan Mastura lagi. Namun Ikram masih lagi tidak mahu memberi jawapan , membuatkan Puan Mastura buntu.

         "Sebenarnya duit yang mama bagi RM10 untuk sumbangan hari gotong royong perdana sekolah tu Ikram dah..." Ikram tergagap-gagap.
   
         "Ikram gunakan duit itu untuk membeli komik atau jajan ya?" sergah Puan Mastura.
         "Tak, Ikram sedekahkan duit itu pada pengemis tua yang minta sedekah di kaki lima bangunan pasaraya tu" jelas Ikram.

          Dia menyedari kehadiran pengemis itu semenjak dua hari yang lalu setiap kali pulang dari sekolah dengan menunggang basikalnya.

          "Ikram kesian tengok makcik tu. Badannya kurus. Wajahnya puca. Baju dan kain batiknya koyak di sana sini," ujar Ikram sedih.


          "Baiklah,kalau macam tu esok bawa mama berjumpa dengan pengemis itu," pinta Puan Mastura. "Untuk apa?" soal Ikram hairan. "Sebagai membuktikan kata-kata Ikram"

          Ikram tersenyum. Dia segera mengangguk kepalana tanda setuju.

Keesokannya, Ikram membawa mama pergi berjumpa dengan pengemis tua yang dimaksudkannya itu. Malangnya, pengemis itu tidak kellihatan. Puas dicari sekitar kaki lima bangunan kedai pasaraya itu, namun masih gagal menjumpainya.

         "Mananya? Ikram kata pengemis itu ada di sini," Puan Mastura mula berasa sangsi. "Tapi selalunya makcik itu memang ada di sini." Hati Ikram bimbang, sekiranya mama menuduh dia berbohong.

         "Ikram jangan main-main dengan mama. Kalau Ikram berbohong, tahulah apa hukuman yang akan mama beri nanti," gertak Puan Mastura. "Tapi mama ..... "

Belum sempat Ikram meneruskan kata-katanya, kedengaran bunyi dentuman  yang amat kuat dari arah jalan raya berdekatan. Bunyi itu mengejutkan mereka. Dari jauh kelihatan sebuah kereta Proton Waja dan seorang perempuan tua sedang terbaring di atas jalan raya.

         "Ya Allah, ada kemalanganlah. Mari kita pergi tengok." Tanpa membuang masa, Puan Mastura dan Ikram bergegas menuju ke tempat kejadian. Dalam sekelip mata, orang ramai datang memberi pertolongan. Puan Mastura dan Ikram menyelit di celah-celah khalayak ramai untuk melihat keadaan mangsa.

        SAMBUNGAN ... nantikan bahagian yang seterusnya ..


Shoutbox