Minggu Pusat Sumber

Assalamu'alaikum ! Annyeong Haseyo ! Konichiwa !

hai3 ! long time no see ! sihat ? Alhamdulillah , semoga korang sihat sejahtera ..  harini nampak sangat kan yang sis banyak masa terluang .. huh padahal ada kerja sekolah .. hehe .. sis menaip ni pun boring sebab menunggu cerita korea tak start2 lagi .. hahaha ..

sis nak berkongsi satu cerita .. harap sudi membaca lah ye .. esok ada pelancaran minggu PSS di sekolah sis .. huhuhu.. dah lama sis menantikan minggu ini sebab minggu ni yang paling best tahu ? hehehe .. nampak sangat excited gila sis nih .. 

Sempena pelancaran esok , ada program 'fly' bersama Sayap-Sayap Tanarebt .. haha .. ingat nak naik kapal terbang ke apa ? tak ada lah .. ini nama buku novel .. tahu tak , novel ini ditulis oleh suami cikgu sis .. sapa yang minat sastera , boleh la baca buku ni .. sapa yang tak minat sastera pun , dialu-alukan juga membaca buku ini .. sis pernah jugak baca buku ni tapa tak habis baca sebab tahun lepas busy gila .. hahaha .. best jugaklah buku tu ..

Sempena minggu itu pula , ada 13 aktiviti2 yang disediakan .. Antaranya , kuiz minda , sweet dedication , permainan dalaman dan banyak lagi .. mesti korang jelous kan ?? hahaha .. just kidding la .. disebabkan sis ini PENGAWAS MEDIA , so kenalah ada tanggungjawabnya kan ?? hahahaa .. baiknya hati .. ecehhh .. hahaha .. tak sabarnya .. >.<

sebelum sis mengundurkan diri , terimalah serangkap pantun (ecehhhh) :

Putera singgah kedai di Pekan,
Cincin dibeli untuk si Puteri,
Silap dan salah harap diampunkan,
Semoga kita berjumpa lagi ..
 k la .. Annyeong hi gaseyo !!

Tips Gembira Sepanjang Hari

Assalamu'alaikum ! Annyeong Haseyo ! Konichiwa !

wah2 ! tiba-tiba sis nak post pasal benda ni kenapa ?? haha .. sis mestilah tahu korang sesekali mesti rasa macam sedih je . haha .. don't worry2 .. sis ada penawarnya .. insya Allah .. ianya membantu .. :)

 
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur

Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi

Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik

Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah

Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan Semua Orang

Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

insya Allah , info ini bermanfaat untuk kita semua .. ini hanya salinan dari laman web iluvislam yang banyak menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan islam dan artikel-artikel yang menarik .. Jadi , lawatlah laman web tu bila2 masa ye .. 

Bittaufiq wannajah ! Annyeong hi-gaseyo ! 


Shoutbox